Fakta menarik Kebakaran_Kompleks_Campbell

  • Insiden kebakaran besar berlaku semasa filem pecah panggung Hollywood, The Towering Inferno masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia.
  • Mendiang Tan Sri Lim Thean Leong, pengerusi serta pengasas Bolton Berhad, syarikat yang memiliki bangunan tersebut dilaporkan tenang semasa mendengar kejadian kebakaran besar tersebut.
  • Persatuan Perlindungan Kebakaran Malaysia (FPAM) telah ditubuhkan pada tahun yang sama selepas insiden kebakaran besar tersebut.
  • Insiden kebakaran besar tersebut juga telah mendedahkan kelemahan dari segi aspek piawaian keselamatan bangunan ketika kebakaran serta kemampuan pasukan bomba yang terhad. Akibat daripada tragedi tersebut, satu undang-undang telah diluluskan bagi mewajibkan setiap bangunan tinggi mematuhi piawaian keselamatan kebakaran sebelum dibenarkan untuk didiami atau digunakan bagi tujuan komersial.